PAPA & MAMA
salam 1Malaysia ~
"Tipah, kau dah ada boyfriend ek?"
"eh, kau ni Jenab, suka hati je cakap.."
"ek eleh.. kau tak payah nak tipu aku la.. sekali tengok pun dah tahu"
"eh, macam mna kau tahu? ni mesti kau baca diari aku ke?"
"eh, tak de masanya aku nak mentelaah diari kau tu. baik aku baca al-Quran. dapat jugak pahala"
jeng jeng jeng.. macam mna Jenab ni boleh tahu yang Tipah ni dah ada boyfriend? ok. aku bukannya nak bagi soklan kuiz dan suruh korang submit sebelum pukul 12 tengah malam nanti. cuma aku nak berkongsi la sedikit sebanyak daripada pemerhatian aku.
aku ni bukanlah famous sangat kan sampai nak mintak nasihat pakar2 motivasi tanda2 orang dilamun cinta. tapi disebabkan aku ni ramai kawan, jadi boleh nampak kepelbagaian ragam dan telatah semua jenis manusia yang ada kat alam ini.
yang pertama: selalu berkepit dengan telefon tangan aka handphone/iphone/smatphone/publicphone. hahaha
ok2.. ni la yang paling jelas dan nyata. bak kata orang, sudah terang lagi bersuluh [betul ke ni? huhu].. even kau tak kenal rapat dengan seseorang tu, kalau la handphone dia tu melekat kat ibu jari, memang sah la dah ada yang punya dan sedang angau dilamun cinta!
tak caya?? aku rasa ni 99% tepat! ada ke orang nak mesej mak ayah berkepit dengan handphone 24 jam? tak de nya. sah kan nak mesej, nak bercakap depan2 pun tak berani. kalau mesej pun, mesti ni "mak, nanti bank-in duit kat orang RM500 ye! TQ mak! :D"
yang ke-2: nak keluar je mesti bawak handphone
ni sama je dengan yang pertama. saja nak stresskan lagi. serius aku cakap. wallet dorang tak penting, handphone lagi penting. ni aku nampak depan2 mata kepala aku sendiri. ada la kawan aku nih, time tu boss ajak buat kerja luar opis, dia selamba je tak bawak apa2 beg even wallet sekali pun. yang dibawanya hanyalah handphone dan dirinya sendiri.
aku pun tanya la "tak bawak beg ke? beg duit pun tak bawak?"
boleh bayangkan tak? dalam beg duit aka wallet tu ada segala macam jenis kad. ada kad pengenalan, ada kad atm, ada kad lesen kereta, ada kad lesen motor, ada kad matrik, ada duit, ada gambar mak ayah... tapi langsung tak dibawanya. ish3.. apa nak jadi la. korang tahu tak, adalah menjadi salah satu kesalahan korang berjalan2 di dalam negara ini tanpa membawa kad pengenalan. ini bapak aku selalu sebut. jadi sebab tu la aku selau bawak beg. tak tahu la akta ni dalam akta apa. sapa2 tahu boleh inform.
tapi berasas jugak la kan. kan tiba2 kau kena tahan kat polis. tapi kad pengenalan tak de. tak pasal2 kena naik trak polis sebab disangkakan PATI (pendantang asing tanpa izin)!.
yang ke-3: beep! beep! beep! [1 message received].. bukak.. senyum2..
aish.. orang senyum pun tak boleh ke? bukan tak boleh sayang oi! cuma, kalau nak senyum tu biarlah bertempat. tak kan la time orang tengah mesyuarat pun kau boleh tersenyum2 macam kerang busuk sorang2 kat hujung tu? dah la tengah meeting pasal pembuangan pekerja yang termasuk kau!! ish3.. tak ke gila orang cakap nanti.
yang ke-4: muka mengantuk waktu pagi time kelas/kerja..
ni sebabnya semalam bergayut kat pokok sampai subuh. eh silap. bukan bergayut kat pokok, tapi bergayut kat telefon dengan boyfriend. ish3... apa jenis boyfriend la biarkan awek tidur lambat. tahu tak, orang perempuan tak boleh tidor lambat2, nanti cepat tua. kalau nak muka awek muda, tidur la awal. tpi kalau dapat boyfriend jenis bergayut sampai subuh, memang hubungan korang tak lama la.
sebabnya, bila kau dah selalu tidur lewat2, muka kau pun akan cepat nampak tua. bila dah nampak tua, muka kau mesti tak lawa kan. bila dah tak lawa, mesti dia akan cari awek lain yang lagi lawa daripada kau! bila dah dapat awek baru, kau pun dibuang begitu saja. padan muka kau! huhuhu..
yang ke-5: wall fb kau penuh dengan wallpost boyfriend kau!
kau pergi pelosok mana pun, semua orang tahu pasal fb nih. kalau ada yang tak tahu, nampaknya kawasan mereka msih belum mendapat liputan internet dan tv malah radio dengan baik.
ok. sekarang kan dunia dah maju. fb pun main lama makin maju sampai aku pun cam dah naik fed up! tapi tetap guna jugk. huhu.. fed up bukan apa. sebab ada orang tu siap boleh bagi flying love lagi dalam fb. disebabkan kau bercinta dengan kawan aku jugak, jadi segala wall post yang dipostkan pada wall kau, aku boleh baca. ish3.. dah la handphone pun 24jam, fb pun setiap saat dan ketika nak post. dah la kau bukannya komen kat wallpost tuh, kau pergi balas2 kat wallpost.
aku bukan apa. nak jugak la tahu aktiviti kawan2 aku yang lain. tapi asyik keluar post korang berdua je, fed up la aku! meluat pun ada. macam kau nak bgitahu seluruh dunia yang kau berdua tengah hangat bercinta. kalau hangat kau tu sehangat terik mentari sehingga akhir hayat tak pe la jugak, ni hanya hangat2 tahi ayam. baru je 5 minit, dah sejuk. eeeiiiiii~~ geli aku!
ok! dah cukup lima point. cukup la tu kan. tak pasal2 aku kena hentam nanti. huhu.. apa2 yang aku tulis ni tak de kena mengena sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. semuanya daripada pemerhatian aku. kalau ada yang terasa, mintak ampun, mintak maaf, lain kali aku tulis lagi. hehe..

1 comment:
AD GK YG LEY PKAY...HUK3
Post a Comment